CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 20 July 2012

kepentingan sejarah

bismillahirrahmanirahim . ni karangan bahasa melayu fara .fara mintak sesiapa yang pro bm ni , cikgu2 bm , tlg tegur kekurangan fara kay . tolong fara .fara na spm :)


   Pepatah inggeris  mengatakan pengalaman merupakan guru terbaik .Hal ini membuktikan mengapa kerajaan Malaysia mewajibkan semua pelajar di Malaysia mempelajari matapelajaran sejarah tanpa mengira bangsa dan kaum .Secara analoginya , sejarah boleh dedifinisikan sebagai perkara lampau atau perkara yang terjadi terhadap sesuatu bangsa merangkumi peristiwa , masa dan tempat .Sudah terang lagi bersuluh sejarah merupakan batu asas kepada pembentukan sesebuah bangsa bersesuaian dengan kata-kata  CollingWood “ sejarah mempunyai hubungan dan pengaruh secara langsung dengan masa kini “ .Sejarah merupakan panduan kepada sesuatu bangsa supaya tidak mengulangi sejarah lalu dan mencipta keayaan yang lebih gemilang. Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.Persoalannya mengapa sejarah dikatakan sebagai batu asas pembentukan sesebuah bangsa ? mengapa sejarah penting untuk dipelajari ?

     George Santayana pernah berkata “ sesiapa yang tidak mempelajari sejarah , akan mengulangi kesilapan yang sama “ .Justeru , inisiatif kerajaan mewajibkan pengambilan subjek sejarah bagi semua pelajar ternyata mempunyai alasan konkrit yang akan membawa impak besar terhadap pembangunan negara.Para belia sudah terang lagi bersuluh merupakan delegasi yang bakal memegang tampuk pimpinan negara .Apa akan jadi sekiranya Negara Malaysia ditadbir oleh para pentadbir yang buta sejarah ?mungkinkah peristiwa penjajahan jepun pada tahun 1945 akan berulang kembali ? mahukah kita melihat maruah negara kita sekali lagi diinjak tanpa belas oleh para imperialis yang tidak berperikemanusiaan ? segalanya mungkin sekiranya matapelajaran sejarah sejarah dipandang enteng dah tidak dititikberatkan.Sejarah bukan sahaja mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan lalu , malah sejarah juga ternyata membolehkan kita memperingati kejayaan dan kegemilangan masa silam yang mana Bahasa Melayu menjadi lingua franca dalam kalangan para pedagang.Malahan pelabuhan Melaka juga merupakan pelabuhan bertaraf dunia dengan kemudahan dan kelebihan unsur semulajadi yang tiada tolok bandingnya.Jika adanya kesedaran , keringat para pemimpin dan rakyat , keagungan itu tidak mustahil boleh kita cipta sekali lagi atau mungkin lebih cemerlang.Malaysia kini merupakan salah satu negara membangun yang megah di pentas dunia.Dengan kesedaran tentang sejarah lalu , dan kebijaksanaan mengambil iktibar , tidak mustahil kita mampu mengulangi kegemilangan kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15 .

     Selain menjadi iktibar dan memberi pengajaran , sejarah juga mampu mencetuskan rasa cinta akan Negara atau lebih tepat lagi semangat patriotisme.Seperti yang kita maklum , sejak di tingkatan dua , para pelajar di Malaysia didedahkan dengan cerita-cerita para pejuang yang nyata memaparkan unsur didaktik.Mereka mula mengetahui bagaimana peritnya pejuang-pejuang lampau berjuang mati matian hingga ke titisan darah terakhir demi menghalau para penjajah durjana.Tok Janggut misalnya , seorang pejuang dari negeri Kelantan ternyata berjuang habis-habisan menentang Inggeris yang ketika itu menjajah Tanah Melayu malangnya Tok Janggut tewas , dia dibunuh dan mayatnya digantung di sebuah pasar di Kota Bharu.Walaupun tewas , keberanian Tok Janggut menentang pihak British ternyata patut diberi penghormatan.Semangat patriotisme ini pasti muncul sekiranya kita mengenali siapa diri kita , asal usul diri kita dan sejarah disebalik bangsa kita.Tanpa semangat ini , maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang buta sejarah dan tiada rasa sayang terhadap negara dan sanggup menjual dan menggadai maruah Negara seperti terlibat dengan aktiviti menyeludup pendatang asing.Justeru , ternyata sejarah merupakan elemen penting bagi memupuk rasa cinta pada negara.

      Di samping memberi iktibar dan memupuk semangat cinta akan negara , sejarah juga merupakan satu alat bagi memupuk integrasi kaum.Seperti yang kita maklum , Negara Malaysia merupakan sebuah negara multikaum , multiagama dan multibudaya.Bukanlah mudah menyatukan pelbagai bangsa yang bukan sahaja berbe3a dari segi warna kulit malah berlainan fahaman dan bahasa pertuturan.Sekiranya sejarah negara dipandang ringan , tidak mustahil generasi akan datang tidak akan pernah tahu bahawasanya Negara Malaysia pernah mempunyai satu peristiwa hitam pada 13 Mei 1969 yang mana bangsa cina dan bangsa melayu pantang bertemu , pasti akan adanya pertumpahan darah.Situasi ketika ini sangat darurat hingga memaksa Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu merangka sebuah rukun negara bagi mengatasi masalah yang semakin meruncing tersebut.Mahukah kita melihat peristiwa hitam itu sekali lagi menjadi duri dalam daging dalam masyarakat Malaysia ?Melalui sejarah juga , kita boleh mengetahui betapa pemimpin dahulu bersungguh sungguh menyatupadukan kaum di Malaysia dan bagaimana nenek moyang kita dahulu bersatu padu tanpa mengira kaum bagi menghalau British dari tanah air mereka.Ternyata sejarah merupakan wahana bagi membentuk perpaduan yang paling berkesan.

    Seterusnya,selain memberi pengajaran , mencetuskan semangat nasionalisme dan memupuk integrasi kaum ,sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.Justeru , terbuktilah sejarah merupakan batu asas bagi pembentukan sesebuah bangsa dan merupakan batu lonjakan bagi perkembangan sesebuah negara.

     Akhirulkalam , Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa yang mereka runtuhkan.

Friday, 13 July 2012

conflique

ehemm ehemm ehemm

*ketuk ketuk ketuk meja*

ehemm ehemm ehemm

*pusing pusing pusing*

mati kutu

na keluar kay

na jalan2

na shop .

taknak duduk rumah .

taknak on9 .

asal on9 , stalk dia .

fara kau dah janji dgn dri sendri kan .

senah btol .

tapayah bace lah wehhh .

aku bosan ni .

ade lagi 8 entry mcm ni gamaknyeee spenajang hari ni .

bye *hempas pintu*

Thursday, 5 July 2012

memoribilia

-this post specially written to my "never being fogetten friends "-

as i promiseee ephaaa .i write this post for you , and from deep of my heart for our 14 :) 

yeah 14. before kau org semua pindah tinggal kiteorg :(

nedy , epha , shuib , tedy , aqma , fier , keling , yan . 

blur , keling , tedy , fier ,nedy , epha , yan ,aqma

sometimes kadang2 aku salah kan ckgu yatee sbub korang pindah LOL *mintak2 dia jgn baca hooooo .ayoyok .HAHA

yelah .masa fom 2 tu .era kegemilangan kod .we 14 dear .quite huge aa?haha .kita tak hottt .kitaa semua tak cntikk but well , kita cool *muke belagak .HAHA .theres a lot of fun we did in form two aite .aku mls na ulang balik sbub ephaaa dah cerita pnjang lebar .perfect. klik sini :)

so since form two , after peristiwa kena tuba , bilik iron , half of us decided to move .HALF PEEPS .half .

so tggal laaa kiteorg tujuh org terkontang kantingg kat aspurii .wuwuwuwuwuwu


after korangg pindah , tggal kiteorg haa. well malu jugak na ckp .kiteorg insaf sekejap . sekejap .

but then , theres so many funny things happen .epha .kau msty rasa mnyesal pindah kan ? :')

ade sekali tu , kiteorg mls pergy prep .yeah .kan lat sukan .kiteorg bukan atlit.LOL

so kiteorg ponteng dlm bilek .yeahh .

1 jam .2 jam .semuanya tenang .

okay dah 4.20 .jum naek bilik ! :D

so aku n ward keluar dulu kat koridor .

syok pulak tgok dataran kosong haa.tiba2 warden maen lambai mcm ratuu .konon rkyat ramai letew kat bawah .

bru na jerit "haii rakyat2 jelataaaaaa" tiba2 . "woii tak pergi prep keee?!" 

alamak ! kantoi ! makcik guard spoillll laaaa org bru na feeling .berapok jugak kiteorg lari .HAHA

then , baru2 ni .hari sabtu malam .mls na g solat jemaah punya pasal .kiteorg menyorok bawah katil .haha .*kepada katil yang aku duduk sila sapu sbub behabuk -..-

yang best skali , mase tgh ketat muka , thn nafas , tahan bunyik .tiba2 "haccummmmmmm! debummmm !" opps ain tyrah bersin dgn dasyatnyaa dan kepala dia terhantuk kat playwood katil disebabkan inertia bersin yang melampau .hewhew . ni kalau pngawas lalu memang kantoi free --'

episod mlm tu tak habes lagy .well kiterog nyorok smpai isyak ! mcm2 jadi .nyamuk pon byk .kucing na msok skali .then tiba2 mai buat spoil " haritu kat bwh katil ni lah ade tikus " whattttttttt? =='

kau tahu ? smpai aku telelap bwh katil tu .HAHA

then korang tahu , ada skali tuuu kiteorg gado besaaaaaaa dgn sek2 form 5 .asalnya aifa dgn sorang mamat jambu putih melepak ni je gadoh .ngehh .tp mungkin kiteorg bosan . jadi kiteorg joinn laaaa skali .alang2 kiteorg dah ramai .of course budak laki batch diaa bekup dia kan ?last2 gado besaaaa punyaaaaa :D

bygkan .smpai budak laki tu tak brani kua kelas .asal dye kua kat koridor kiteorg jerit " tu diaaaaaaaaa" HAHA .msty dye malu kan ?maaf lerrr bang .HAHA .

bukan kat kelas jee.na msok dm pon dyeorg bertolak tolak sbub kiteorg ade dlm tu .tp kiteorg bukan na kacau org laen pon .na kacau dia jeee .HAHA

masa tu dunia memang dah mcm tebalik .pompuan buli lelaki .pelik ? takpayah pelik .kiteorg bosan tu .HAHA

and ade skali tu rehearsal anugerah kecemerlangan .

ade kompang2 kan .meriah woo

jd , aifa n ward belakon jd pngantin .aku ? well aku tukang silat

tgh syok aku besilat , tiba2 "hey !yang kat sini nape tak wat keeeeeee *kay ckgu beku .

dye rivers slow2 gelak tebahak bahak kat blakang

|okay sbub aku bersilat sbenaye .panas gilaaaaa muka .malu ! | ckgu gelak ?phewwwwwww .

handset punya kes aku mls critaa .msty korang dah dpt agak kan ?haha

pnjat asrama ? we re profesional :)

fly ? well aku dah kena buang skali tahun ni .peace !

acttly byk lagy .tp aku simpan wat tules lepas spm kay ? peace yaww .nah hadiah muke comel utk org yang pindah .marah ni marah ! :)







Sunday, 1 July 2012

masalah itu rahmat :)

assalamualaikum .hye peeps :) lama gilaaa ohh tak tulis entry :> yelah , pusing kiri , pusing kanan nmpak SPM terbuntang depan mata .omaiii .imma victim .

so , along the past week , ramai sgt spill dekat fara , masalah tu , masalah ni , hatta nak pilih boyfie mana satu pon ibarat masalah dunia , smpai pening kepala .HAHA .biasalah , bila kita ada masalah , we need someone to spill out .to cry out . even me . i 've cry . alot .

"fara knapa aku tgok kau , apa2 pon happy je , mcm tak pernah ada masalah . hidup kau memang sempurna ke ? "


fara rasa pertanyaan tu sgt polos , tnpa unsur sindirin sedikit pon .wallahualam .tp pertanyaan tu lah yang mendorong fara utk mnggerak kan jari2 fara , utk entry kali ini :)

here are just some tips to make yourself stronger when you're facing problem no matter how big is it :)

1 . FIKIRKAN YANG POSITIF .
     -lumrah manusia , apabila berhadapan dengan masalah , kepala akan berserabut , rasa seperti dunia ini neraka , kiamat itu bagai depan mata walhal sebenarnya kita mampu menterbalikkan situasi ini .hanya ada dua pilihan nyata ,samada kita memanipulasi fikiran , atau fikiran mnguasai kita ? sebenarnya kita mampu menterbalikkan sesuatu masalah , yang kita anggap bebanan semata , kepada satu rahmat , sesuatu yang positif .ketahuilah sesungguhnya tiada apa di dunia ini berlaku tanpa kebaikan .samada ianya memberi kebaikan kepada kita , atau keluarga kita , org terdekat kita , atau pada dunia yang melihat kita . satu contoh  situasi , anda mnghadapi dugaan yang amat berat , adik anda terkorban dalam satu kemalangan .anda merasakan semuanya gelap .anda kehilangan seorang adik yang disayangi .anda terus berfikir "pasti aku tidak dpt hidup tnpa dia " "mampukah aku ? " jika negatif yang anda fikirkan , maka negatiflah yang anda dapat .mari kita menterbalikkan keadaan . anda kehilangan seorang adik "sekurang kurangnya dosa dia masih sedikit " malah yang hidup juga dapat mngambil pngajaran daripada kematian itu bahawasanya kematian itu pasti , tidak mngira umur .nescaya , dada anda akan terasa lebih ringan , dan fikiran anda lebih tenang.tuhan sentiasa inginkan yang terbaik terhadap hambanya :)


2. BERTENANG , BERSIKAP RASIONAL .
    - Masalah itu ibarat mangga kunci .mangga itu masalah dan kunci itu penyelesai .bagaimana hendak mnyelesaikan masalah dengan baik ? dalam hidup , kita sentiasa ada pilihan .disini , dua pilihan nyata , samada anda mngambil jalan singkat , memecahkan kunci mangga tersebut mnggunakan tukul misalnya *budak ostel slalu buat XD , tanpa kunci yang sesuai .ya , mangga itu berjaya dibuka , namun , keadaannya rosak teruk .Atau ? kita boleh juga memilih , bersabar , dan mencari kunci yang sesuai ,teruskan mncari sehingga jumpa .akhirnya anda mampu membuka mangga tersebut tanpa sedikitpun cela .apakah ironinya saya mngibaratkan masalah , mgga , kunci , penyelesai .eh ?haha .sesuatu masalah , jika kita mngambil jalan singkat bagi mnyelesaikannya , bermakna , tindakan yang tidak rasional , ianya bakal mngeruhkan keadaan. tp jika kita tarik nafas dalam2 , kita uraikan permasalahan satu persatu , tidak kah cantik hasilanya ? kan ? :) percayalah , setiap penyakit hadir bersama penawar , setiap masalah pasti ada penyelesaian :)



3. PERCAYA PADA MAHA KUASA TUHAN .
  -percayalah pada tuhan , pada kuasanya , pada setiap perancangannya .sesungguhnya tuhan itu maha mengetahui dan maha bijaksana .dia telah merancang segala galanya kepada kita .baik buruk itu ujian tuhan .mungkin , tuhan berikan kita air mata hari ini , kerana DIA ingin memberikan kita kegembiraan yang berganda pada masa hadapan .siapa tahu ? wallahualam .

setakat ni , ini sahaja yang mampu fara kongsi . 3 tips dia atas ialah prinsip yang fara pegang dalam kehidupan .semoga ianya sama memberi manfaat kepada kita semua :)

Friday, 4 May 2012

kalau kita nak , insyaAllah Allah beri jalan .INSYAALLAH :)

assalamualaikum :) haih jarang kan before ni post fara bg salam ? takpelah .tak salah kita berusaha jd baek kan ? :)

post fara kali ni , tak tuju pada sape2 , hanya memotivasikan diri dan juga org sekeliling :)

hari ni , masa fara tgh blaja dlm kelas , ade announce "semua pelajar diminta mnghadirkan diri ke surau dgn segera untuk sesi takirah " terdetik dlm hati fara , "msty ckgu yang hndle .aduh --' "

sangkaan fara tepat ,jitu lagy .hihi .cikgu julianti ,cikgu biology ,awal2 dah terpacak kat depan mase fara smpai .satu mase dulu fara pernah bersangka buruk pada cikgu ni , ckgu fara sendiri , fara mintak maaf cikgu .

ckgu buat sesi heart to heart talk .yeah .cikgu , first time ckgu , kata2 cikgu msok dlm hati fara , fara nanges cikgu :') ada kawan2 tegur , fara kata mata fara berair sebab mngantuk , tp fara nages cikgu *malu *

knape cikgu fara nanges ? sbub ape cikgu ckp kena atas batang hidung fara cikgu .

ckgu , dua tahun fara couple dgn seorang lelaki .fara mengaku fara tak pernah sayang lelaki mcm fara sayang dye . kadang2 fara rasa fara lebih sayangkan dia dr mnda2 laen ckgu .smpai fara lupa , smpai fara abaikan batasan2 agama .

ckgu , masa fara couple ,tnjuk rmbut tu perkara biasa ckgu , aurat fara bagaikan takda makna ape2 depan dye ckgu .mungkin fara tak se ekstrem pasangan laen , tp aurat tetap aurat kan ckgu ? rmbut tu aurat kan ckgu ?

dua mggu lepas, kiteorg ptos cikgu .. ya Allah tuhan jea yang tahu betapa susah fara na lepas dye , betapa susah fara na menghadapi kenyataan masa tu , mcm2 muncul kelam cerah dlm kepala fara , stress , tekanan , sangat . sangat .

Tp satu hari , fara duduk sorang2 , fara termenung , fara fikir , ape yang 'dia' tgh buat sekarang ? mungkin dye sedang suka2 , tak terkesan langsong dgn segala ape yang terjadi ni ? Ya Allah , jaohnyea fara rugi slama ni .

mase tu baru fara sedar , ya ! semua ini aturan tuhan , mungkin tuhan na fara blaja , tuhan lebih tahu , DIA maha mengetahui , bahawa fara memang tidak akan fokus belajar sekiranya kapel . fara calon spm .

ya ! mungkin ini aturan tuhan ,tuhan berikan fara kesedihan hari ini , supaya fara mendapat kebahagian yang berganda pada masa akan datang .

tak mungkin ! tak mungkin fara tak dapat hadapi dugaan ni . fikiran takboleh hidup mcm ni totally wrong ! tuhan tidak akan turunkan dugaan yang tidak boleh dihadapi hamba2 nya . itu janji tuhan .

kalau jodoh tak kemana kan cikgu ? fara akui fara masih sayangkan dia , tp sayang dulu dan sayang sekarang jaoh berlainan .awak .. لأنني أحبك الله   saya menyayangi awak kerana ALLAH :)


awak..mungkin awak rasa terganggu bila saya ckp saya sayang awk ? jgn risau , saya sayang awk sama mcm saya syg ibu bapa saya , adik beradik saya , saudara2 saya , kawan2 saya ..awak..stiap kali solat hajat saya doakan awak ..tp saya tanak bgtahu ape saya doa ..doa tanpa diketahui tuannyea lebih makbul :)


awak ..kalau kita ade jodoh mesti bersatu jugakkan ? sepatotnye takda ape yang fara takodkan dr dulu .. pemilik tulang belakang fara takkan bertukar :)


andaikata kita tiada jodoh , saya doakan awak dapat jodoh yang selayaknya , awak , saya tak pernah berdendam , saya harap awk pon mcm tu .doakan saye jugak ea awak ? :)


utk kawan2 fara , fara tak pernah halang korang kapel , tak pernah sayang ! :) tp berpada pada , jangan jd mcm fara , mujur fara diberi petunjuk ,kalau fara bunuh diri ? fara dikalangan org2 yang gagal .


engat , kalau btol dia jodoh kita ,biar berpisah sepuluh tahon , tak pernah bersua muka , pastu bersatu jua 


engat , kalau dia bukan jodoh kita , bercinta lah sepuluh tahon , serah segala galanya , pasti terpisah jua


pemilik tulang belakang kita takkan bertukar , itu janji tuhan 


jd jangan sia -siakan diri kita atas perkara yang belum pasti .


awak..kalau kita blaja elok2 PASTI kita dapat result elok kan ? insyaAllah..


tp awak ..kalau kita bercinta elok2 , PASTI ke dpt bersama dia ?


kawan , kejarlah perkara yang pasti , sehingga kita dapat memastikan perkara .


fara mintak maaf kiranya ada yang terasa , saket hati ,meluat .


mesti ade yang ckp  "eleh ko pon dulu same je "


ya ! sbub fara pernah rase , pernah jd , fara taknak korang rase kerugian yang fara rasakan . masyaAllah..


fara hanya berkongsi pengalaman , pandangan .


tak salah kita couple , tp berpada pada , jgn smpai tergadai segala , jiwa , raga , dada , peha .


maaf jika tersalah bicara ,kalau fara msok syurga fara taknak msok sorang2 , fara na msok dengan korang semua :)










Saturday, 21 April 2012

dugaan tuhan :')

kelip2 mata bace tittle btol ke faraa tules? kay fara pon ade iman dlm dada :')

haritu ponteng kem kepimpinan . faraa asal bodoh sgt ? ntah taktahu .cerebrum tanak buad keje .

okay efek dye? melarat kodd . smpai faraa pon tak laraat .

isnin pagy . kene pggel depan perhimpunan .gosh .faraa dua org jee perempuan dgn mmbe faraa sorang lagy :o
ni org pggel ladies first -..- *sabet

lepah tutututu .okay ckgu ta bg pegy kawat bombaa .faraaa blatih lamee tahuu .ckgu jahaddd :\

lepahtuuuu lagy kenee perli maut dlm kelasss .huh *jeling maut

lepahtuuuu kne pggel pegy bilek disiplin . okay ckgu katee na buang asramaa . nganga kejap :o *dlm hati , kemp ngawas sabet asrama kee? --'

lepahtuu ckp kat ayahh .mujo ayah paham ,muahh sikedd .dtg skolaa bincang2 nan ckguu kenee gantung jee :))

kalau kne buang hye2 bukit rangin bye2 shaks laaaa :))

then mintak tnda tgn dgn warden .tibatiba beliau berkataa "elok2 fara name awk dah naek utk ncet pula ni" shit --'

lepahtahtuu kne tgkap basah nan ustaah sbub ta pegy bacaan yasin kat dewan .okay faraa takley smayang laaa ustaahhh :\

lepas satusatu .dah laa boyfie mngade ngade sekarang .watlek wat sabar jelah .mujo faraa ni pnyabar .hihi *okay gedik . stress sgt smpai demam sekarang .hmmph !.lepasni kalau kne pggel sbub ncet pulak memang faraa lilit2 kpale budak tuu kat tiang .buuuuuuuu !

Saturday, 24 March 2012

untitled

dekat sepuluh kali log in ,
"ur password is incorrect"
spm cndidate ,kpale msok air
tapi kesah ape ,aku na log jugak ,na in jugak ,na tulis jugak .
why?
because i thougt i have everything ,reality is i have nothing :)

taktahu mane na mula .mane hujung pangkal .mane btol mane salah .tules ekot sedap jari , ikot sedap dri .sape na judge .ekot korang lah .tuhan yang paling layak jadi juri .

mggu ne HURRICAN ;) aku ta pedulik sape yang bce .kalau terkena atas batang hidung sendri padan muka .

aku ta care hal org .org care hal aku .kalau aku stat care  hal org karang memang tak jdi org lah korangg .

mulot manusie takboleh na ttop .kalau bukak yang klua mnda btol takpe .bile bukak fitnah yang berketul ketul .takpelah .atas dunia mulut juara .akhirat nanty bersila lah atas bara .

yang mndengar pon satu hal .dgr sbelah tlinge .sbelah lagy ttop rapat .dtg2 na marah .na cri bukti .kalau dah memag mnda tu takdee .cri lah 50 juta kali pon .takde nyea mnda tu na wujud tibe2 .

para pesuruh setia pon bijak pndai .kate berkaliber .adab manusia pon ta rety pakai .bile org ta beradab mula na melenting ,mcok bagai .dude , "U DESERVE WHAT U SERVE " :) kaw ta hebad pon .jgn engat kaw hebad .sume mnda kaw blh redah ekot suke .

seronok kan diperlakukan mcm tuu? :') aku buad salah org kate aku salah ,aku buad btol org kate aku salah .aku na share msalah? takde org na dgr .SERIOUSLY .mungkin dpn org aku ta nages .bkn sume org dpt tgok aku nanges .but im crying inside .why?because when i face this problem .i realie that "i thougt i have everything ,but i have nothing :) .mungkin tuhan na tnjuk sape yang btol2 disisi aku no matter happy or sad ,up or fall ,hurrican or sunshine .thanks god .i got it .now i know .kan btol org ckp .stiap yang berlaku ade hikmah nyea :)

Saturday, 28 January 2012

mata mu sila KASI BUKAK .

harini hari terok .kay bahase inggeris badday .better .ahad had had had .mls critaa .okay harini bukak fb .boyfie aku tadek kso keje harini stalk org .tibe2 aku rase na stalk mu kawan .dah lame ta dgr cte pasal mu kan .dulu kite maen pasir same2 :') .okay aku tipu .

dulu2 aku tahu kaw memang kasar .kaw ganass .kaw mcm jantan .shemale :') .tp kaw tetap she .kaw she batak .dulu2 .kasar2 kaw pon kau ade minat dekat jantan jugak .kasar2 kaw pon kadang2 kaw comel .yap .kaw comel budok .muka kaw putih .kalau kaw rmbut pnjang msty kaw lagy comel kan? :')

tp takdi aku stalk kaw .aku saje na tgok perkembangan idop kaw .aku kan prihatin .cewahh .tibe2 .damnn .mata aku buntang gelita dunia aku .adakah masih ade sinar di hujung terowong? <gilaa drama -..-

kaw tahu knape kawan?sebab kaw bukan lagy dah SHEmale .female apetah lagy .aku engat dressup kaw je mcm tu .rupa2 nya lua dlm kaw mcm tu .kaw MALE sekarang .she kaw sape kebas aku taktahu lah .

kaw ade awek sekarangg .awww sweeet :') .

aku ckp ni bkn aku jeles .kesean pon aku tak .aku tak nak tgok kawan aku sesat mcm tu .weh .cek la balik barang kaw rupe mcmane .yang kaw na sebat org yang same2 ade barang mcm kaw buad ape .rugy doe jumpe mnda same .pasal dose aku mls ckp .aku bkn ustaah pilihan .tp ko tahu tak .homoseksual termasuk dlm 70 dosa besar?astagh .

aku bukak blog awek kaw .*kalau kaw bace ckp kat awek kaw "cntek blog " .blog cntek .isi ta cntek .bukan ape isi ta cntik .dgn bgge awek kaw tebengg aksi kaw dgn dye ehemmmm .kesean kat kaw awek .ko tak laku sgt ehh kat mata jantan??jantan asli tanak kaw eh?sobbbbb :'(

aku tulis ni bkn aku na saketkan hati kaw .tp aku rase tanggungjawab aku as membe kaw .as saudara islam kaw .sudah2 la .kaw cntek nak .kaw cntek .kaw ta hensem .kaw burok jd hensem .udoh buruk .kalau kaw bace ne msty kaw kate "na sound .sound stret lah .tapayahh na perli2 " :) .kalau aku sound stret kaw na trime ke? tak kan? kalau aku tulis aku harap ko bce byk2 kali .pk balek ape aku tulis KAWAN :)

aku doakan satu hari kaw jumpa jalan yang benar .amin :')

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW:أربعة يصيحون في غضب الله ، ويمسون في غضب الله : المتشبهون من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال , والذي يأتي البهيمة ، والذي يأتي الرجل Maksudnya;“Empat golongan yang berada dalam murka Allah pada pagi dan petang, iaitu golongan lelaki yang menyerupai perempuan (pondan), perempuan yang menyerupai lelaki (tomboy), penzina dengan binatang dan golongan yang melakukan liwat (homoseksual)”(Kanz Al-‘Ummal : 16/73)




Saturday, 7 January 2012

2012 dont be so CRUEL .

7/1/2012 .baru na update pasal new year .yelah mane tak nye .skolah kat skolah gilaa mcm ne lah .balek skolah b4 new year .org laen baju skola pon ta jahit lagy aku dah angkat bagasi ,angkat kaki masok hellstel .

maybe budak skolah laen bangga nan skolah dyeorg .budak skola tembeling pon bangga kod .tp aku tak .skolah aku batak .

beberapa hari b4 check in hellstell .bape haribulan lupa .msok mcj dlm phone . ----> "fara! kaw dpt bilek 1" .okay aku bkn fom one yang baru daftar yang baru na tahu bilek .tp kan aku dah kate skola aku batak .mls panjang crite .tahuu ta bilek satu tu bilek apee? yelah tahulah bilek asrama .tp tu bilek khas utk K.A a.k.a KETUA ASRAMA .ckgu memang pandai letak aku kat situ .aku memang bestperengggg ponn dgn k.a tuu :) yelah aku kan suke bwk handset ,ponteng jemaah .sbub tu K.A suke sgt aku ne .terima kasih cikgu :')

1/1/2011 .org laen sebok smbut new year aku sebok daftar asrama .dgn pnoh semangattt :D cehh .tuihh .awalkan dr org ? kan dah kate .skola aku batak :)

daftar awal sebab orientasi .aku fom 5 bkn fom 5 .aku 5 tahon dok situ tapayah rajen2 na sekolahkan aku smula .

11.00 a.m .msok bilek .kfain aku mls ulas pasal budak bilek aku .nanty ade yang bace ade yang trase .tp satu jea aku na ckp .mcm neraka .

habes orientasi skolah mcm biase .aku na blaja elok2 .aku kan na spm .aku na stay up blaja .na naekkan name skolah .puihh .tp skolah ta bg .dye buat mcm2 bg aku takboleh stay up :)

tahon nie aspuri sume waktu solat jemaah kat surau skolah .mcm aspura .weh aspura tu langkah sekaki dah smpai .kiteorg ne hujung dunia .jaoh .phm taa .jaohhhhh *jerit kc pengetua dgr .

kteorg ta ckop rehat .aku bkn kafir na halang solat jemaah .benci jaoh skali .aku bkn benci solat jemaah tu .aku benci penat yang aku dpt .penat yang buat aku ta dpt stay up .na buad jemaah .buad mcm tahon lepas .tgh dataran aspuri .aku ta kesah .tadeklah hari2 aku solat sparoh eklas kan? :)

maybe kalau ade yang bace ckp aku mngada .solat jemaah je pon .cube letak dri kat tempat aku tahulah rase mcmane .aku fom 5 .spm victim .keje skola mcm tsunami .mase tadek na buad .stress? jgn ckp.na jd monyet pon ade dah .

jadual hidup kat hellstell mcm ne

5.00 :bgon .mandi .beratur kat shower .
6.00 :pengawas yang baru blaja mngira belatih .tejerit jerit tgh dtaran .yang peliknyea no smpai 5 jea tahu .tu
         pon urutan ke bwh
6.30 :seap solat .bratur brekfest
6.40:seap2 g skola .kemas katil .kemas bilek
6.50:kne halau
5.00:baru msok arama balek
7.00:g solat at surau
9.00:prep
10.30:balek .iron baju .smbong wat hw
12.00:tdo .penat .
5.00 :bgon balek :)

korang hadoooo? kbye :|

p/s:mujo last year kalau tak aku bakar dah skolah .